Adam miliki jenama My Kapten Design Studio

Hiburan
Adam miliki jenama My Kapten Design Studio
29

Views

Berjinak-jinak dengan penyelengaraan komputer serta asas LAN/networking, memang tidak diduga apatah lagi semakin mahir membuat rekaan grafik. Ditambah pula dengan kreativiti yang sering memukau, cetusan idea Adam memang tidak dapat dinafikan bahkan beberapa produk atau jenama di pasaran sebenarnya telah mendapat sentuhan kreatif daripada Adam.

Selain mempunyai minat dan bakat besar dalam bidang penyiaran radio, penyampai Radio Kamek iaitu Adam turut meluangkan masa dan menggunakan kemahiran tinggi beliau dalam bidang reka grafik kreatif dan rekaan/pembangunan laman web. Tiga bulan lalu, beliau telah memperkenalkan jenama My Kapten Design Studio yang menawarkan khidmat reka grafik dan pembikinan laman web berstatus ‘Premium’ tetapi pada harga yang mampu milik dan amat berpatutan.

Berikut adalah komen daripada Adam “Saya bukan pelajar lulusan Grafik atau Webmaster. Saya tiada Diploma atau pun Degree untuk bidang ini. Tetapi saya seorang yang amat pantas belajar dan rajin mempelajari ilmu yang baharu. Justeru, untuk menjadi seorang yang profesional dan berjawatan dengan syarikat-syarikat, memanglah satu impian dan angan-angan kosong. Oleh itu, saya gunakan peluang ini untuk membantu rakan-rakan atau syarikat kecil yang tidak mempunyai modal besar untuk tampil dengan hasil reka grafik premium. Bagi saya, ianya lebih kepada salah satu ibadah. Cukuplah rezeki yang Allah buka bagi saya. Sejujurnya, saya amat terkilan kerana walaupun anda mempunyai bakat walau sebesar atau sekreatif mana, ia tidak akan membawa anda ke mana-mana. Memang banyak jawatan kosong di dalam bidang rekaan/webmaster ini tetapi saya tidak nafikan keeogoan mereka dek kerana hanya mahukan mereka yang mempunyai lulusan/graduan.” demikian ulas Adam sambil senyum sinis tetapi berbangga dengan hasil dan mutu rekaan beliau yang jauh lebih kreatif dan premium berbanding mereka yang berada di ‘sana’.

Tahniah buat Adam dan bagi anda yang memerlukan khidmat reka grafik atau laman web, bolehlah menghubungi Adam atau follow/LIKE My Kapten Design Studio di FB, Twitter dan Instagram.

Review Overview
User Rating:
0.14/5
(37 votes)
Written by radiokamek

Webmaster and administrator of Add On Media (Radio) Network Digital Team.

Leave a Reply

Radio Kamek

Radio Kamek merupakan saluran radio yang memutarkan lagu-lagu hebat dari era 80-an, 90-an sehinggalah hits terbaru Malaysia, Singapura, Indonesia dan antarabangsa.

Tagline Radio Kamek ialah Pilihan Muzik Terhebat.

Radio Kamek boleh didengar di FMhotSpot, siaran di pasaraya terpilih seluruh Malaysia, secara online di web, radioguide.fm, melalui aplikasi Android Radio Kamek, myRadio, Best Malaysia Radio, TuneIn dan Shoutcast.

Mini Studio / Support Team

Studio A (Kuching), Studio B (KL), Studio D (ID), Studio E (SG)

WhatsApp: +6011-3376 2375 l WeChat ID: @radiokamek

Add On Media (Radio) Network, Kuching, Sarawak / Add On Media Network [HQ], Kuala Lumpur.
Radio Kamek Newsletter
Follow info eksklusif Radio Kamek sekarang...