Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP)

1. PENGENALAN
1.1 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersil.

2. TANGGUNGJAWAB ANDA
2.1 Sebagai pengguna, anda berhak mengetahui dan harus maklum berkenaan hak-hak berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang dikumpulkan dan yang akan diproses oleh mana-mana pihak. Akta ini juga mewajibkan kami (Radio Kamek & rangkaian Add On Media Network) untuk mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

2.2 Sila ambil maklum bahawa data peribadi dan maklumat berkaitan (“Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk pendaftaran bagi penggunaan di laman web atau lam sosial Radio Kamek dan mana-mana yang berkaitan; jika relevan, untuk melanggan sebarang perkhidmatan Radio Kamek bakal digunakan dan diproses oleh Radio Kamek dan Add On Media Network bagi tujuan-tujuan berikut:-

  • mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web Radio Kamek dan rangkaiannya;
  • mempertimbangkan permohonan langganan anda;
  • untuk berhubung dengan anda;
  • untuk memberi khidmat kepada anda;
  • untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran (jika berkaitan);
  • menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
  • mengurus sebarang penyertaan anda di dalam sebarang pertandingan atau peraduan;
  • tinjauan atau kaji selidik serta dan analisis am;
  • untuk memberi anda maklumat tentang produk atau perkhidmatan terbaru atau kemaskini oleh rangkaian Add On Media Network;
  • untuk memberi anda maklumat tentang produk atau perkhidmatan terbaru atau kemaskini oleh rakan jenama atau rakan promosi kami;
  • terma-terma lain seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma & Polisi Web radio Kamek.

3. PERANAN ANDA
3.1 Sebelum kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan, pihak kami tidak akan memproses data anda. Anda juga boleh memberi persetujuan dengan mengecualikan hubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan rangkaian atau rakan-rakan jenama/promosi kami.

3.2 Bagi sesetengah keadaan, permohonan anda untuk beberapa akses tidak akan dapat dicapai kerana memerlukan persetujuan ini. Dalam hal ini, data anda diperlukan hanya untuk tujuan asas iaitu sebagai analisa data pengunjung laman web Radio Kamek.

4. PERTANYAAN / PEMBETULAN
4.1 Anda boleh memohon untuk membatalkan atau mengubah tatacara persetujuan anda sama ada secara notis bertulis atau di ruangan kemaskini data agar kami tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud yang tidak anda kehendaki atau tidak persetujui.

4.2 Anda juga boleh pada bila-bila masa mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan secara atas talian atau melalui ruangan kemaskini data. Pertanyaan menerusi emel adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Perlindungan Data Peribadi,
Add On Media (Radio) Network
Alamat emel: pdp@addonmedia.com.my / addonmedia@gmail.com

Makluman:
Penyataan di dalam versi Bahasa Inggeris boleh dimohon melalui emel.

Radio Kamek

Radio Kamek merupakan saluran radio yang memutarkan lagu-lagu hebat dari era 80-an, 90-an sehinggalah hits terbaru Malaysia, Singapura, Indonesia dan antarabangsa.

Tagline Radio Kamek ialah Pilihan Muzik Terhebat.

Radio Kamek boleh didengar di FMhotSpot, siaran di pasaraya terpilih seluruh Malaysia, secara online di web, radioguide.fm, melalui aplikasi Android Radio Kamek, myRadio, Best Malaysia Radio, TuneIn dan Shoutcast.

Mini Studio / Support Team

Studio A (Kuching), Studio B (KL), Studio D (ID), Studio E (SG)

WhatsApp: +6011-3376 2375 l WeChat ID: @radiokamek

Add On Media (Radio) Network, Kuching, Sarawak / Add On Media Network [HQ], Kuala Lumpur.
Radio Kamek Newsletter
Follow info eksklusif Radio Kamek sekarang...