Pertanyaan Umum (F.A.Q.)

1. PENGENALAN
Radio Kamek merupakan sebuah saluran radio komuniti pertama Sarawak di bawah rangkaian Add On Media (Radio) Network.

2. FREKUENSI / STREAMING
Anda boleh mendengar Radio Kamek melalui web streaming di TuneIn atau Shoutcast dengan carian Radio Kamek. Untuk aplikasi Android/iOS, anda boleh memuat turun aplikasi TuneIn Radio di Google Play atau Apple Store. Radio Kamek dan rangkaian radio Add On Media (Radio) Network juga boleh didengar melalui aplikasi Android myRadio di Google Play.

Bagi zon-zon terpilih di dalam radius Radio Kamek FM Hot Spot, anda boleh mendengar kami di frekuensi 87.5, 99.1, 99.8 atau 107.9.

Siaran pasaraya Radio Kamek boleh didengar di rangkaian pasaraya-pasaraya terpilih di seluruh Malaysia.

3. HEBAHAN / PROMOSI
Sebagai sebuah saluran radio komuniti, Radio Kamek tidak menjadikan iklan komersil sebagai teraju utama namun terdapat slot, ‘commercial window’ atau segmen untuk tujuan tajaan pada peratusan yang minima. Bagi lain-lain hebahan komuniti atau jalinan promosi, anda boleh menghantar emel terus kepada kami di radiokamek@gmail.com

4. PENGHANTARAN LAGU / MATERIAL
Untuk menghantar lagu-lagu anda kepada Radio Kamek dan rangkaian radio Add On Media (Radio) Network, anda boleh menghantar ke radiokamek@gmail.com Sila ke ruangan Polisi Muzik kami untuk memahami format stesen jika perlu.

5. LAIN-LAIN PERTANYAAN
Untuk lain-lain pertanyaan yang tidak dinyatakan di atas atau tidak terkandung di dalam laman web ini, sila emel ke radiokamek@gmail.com

Radio Kamek

Radio Kamek merupakan saluran radio yang memutarkan lagu-lagu hebat dari era 80-an, 90-an sehinggalah hits terbaru Malaysia, Singapura, Indonesia dan antarabangsa.

Tagline Radio Kamek ialah Pilihan Muzik Terhebat.

Radio Kamek boleh didengar di FMhotSpot, siaran di pasaraya terpilih seluruh Malaysia, secara online di web, radioguide.fm, melalui aplikasi Android Radio Kamek, myRadio, Best Malaysia Radio, TuneIn dan Shoutcast.

Mini Studio / Support Team

Studio A (Kuching), Studio B (KL), Studio D (ID), Studio E (SG)

WhatsApp: +6011-3376 2375 l WeChat ID: @radiokamek

Add On Media (Radio) Network, Kuching, Sarawak / Add On Media Network [HQ], Kuala Lumpur.
Radio Kamek Newsletter
Follow info eksklusif Radio Kamek sekarang...