Polisi Muzik

  1. PENGENALAN
    Polisi Muzik Radio Kamek diperkenalkan dan dinyatakan di laman web ini agar dapat memberikan pernyataan jelas tentang Polisi Muzik yang digunapakai di dalam saluran / stesen dan rangkaian radio Add On Media (Radio) Network.
  2. FORMAT STESEN
    Radio Kamek memutarkan lagu-lagu hebat dari era lewat 80-an, 90-an, 2000 sehinggalah yang terkini. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada genre muzik. Peratusan penyiaran lagu adalah mengikut format 60% lagu-lagu tempatan Malaysia dan 40% lagu-lagu antarabangsa.
  3. PENGGUNAAN LAGU DAN HAK PENYIARAN
    Radio Kamek memberikan keutamakan lagu-lagu yang dihantar secara terus kepada kami dan yang terdapat di dalam koleksi arkib muzik Radio Kamek. Setiap lagu yang digunakan adalah tertakluk dan dengan izin / kebenaran dan hak penyiaran pemilik lagu atau syarikat rakaman.
  4. PENGHANTARAN LAGU
    Sebarang material atau lagu yang ingin dihantar ke Radio Kamek boleh dihantar ke emel radiokamek@gmail.com
  5. ROYALTI
    Lagu-lagu yang diputarkan di Radio Kamek dan rangkaian Add On Media (Radio) Network merupakan penanda aras bagi pemilihan lagu-lagu untuk siaran komersil iaitu di rangkaian pasaraya-pasaraya terpilih seluruh Malaysia. Senarai putar lagu-lagu dihantar secara bulanan kepada pihak pengendali royalti muzik iaitu MACP (melalui agensi).

Untuk memudahkan urusan pengagihan royalti dan hakmilik oleh pihak yang berkaitan, anda dinasihatkan untuk menyertakan maklumat Label / Syarikat Rakaman, Komposer dan Penulis Lirik serta butiran berkaitan di dalam profil lagu yang disertakan.

Radio Kamek merupakan saluran radio komuniti Sarawak yang memutarkan lagu-lagu hebat dari era 80-an, 90-an sehinggalah hits terbaru Malaysia, Singapura, Indonesia dan antarabangsa.

Tagline Radio Kamek ialah Pilihan Muzik Terhebat.

Radio Kamek boleh didengar di fmHOTspot 99.8fm, siaran di pasaraya terpilih seluruh Malaysia, secara online di web, radioguide.fm, melalui aplikasi Android Radio Kamek, myRadio, Best Malaysia Radio, TuneIn dan Shoutcast.

Studio A (Kuching), Studio B (KL), Studio C (JB), Studio D (ID), Studio E (SG)

WhatsApp: +6011-3376 2375 l WeChat ID: @radiokamek

Add On Media (Radio) Network, Kuching, Sarawak / Add On Media Network [HQ], Kuala Lumpur.

Office / Studio: +603-77723434
e-mel: radiokamek@gmail.com